Rabu, 25 November 2009

Buah Dada Wanita: Fahami fakta sebenar payudara wanita

Po kabar semuo,
Kali ini omak ado cerito baru, tentang buah dado. Sumo pompuan banggo dengan anugerah Tuhan kepado mereka, sobab bondo inilah senjato mereka nak cairkan hati lelaki. Omak pun samo. Kalau tak pasal buah dado omak yang bosar ini, abah kau takkan pandang omak sebelah mato pun! Tapi omak bukan nak suruh korang mulai sekarang pakai baju seksi-seksi, nampakkan pangkal buah dado pada jantan-jantan kek luar sano, berdosa bosar omak. Omak cumo suruh ekau bergayo kek laki korang ajo. Biar terbelalak bijik mato memandang tetek korang, biar tak pandang payudaro betino lain. Tapi, di sebalik kebanggaan korang tu, jangan lupo, kalau tak dijago, buruk akibatnyo! Cubo korang baca artikel yang omak dapek kek internet ni hah...

Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah tentu bahagian dada bukan! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya. Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Kali ini menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.

Ukuran berbeza
Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.

Boleh diperbesarkan
Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormone estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.

Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatic payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.

Coli berkawat bahaya
Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser. Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.

Besar lebih seksi
Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain. Bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah situ saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.

Silikon sebabkan kanser
Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silikon. Silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar x untuk mendapat hasil yang lebih tepat.

Tetap tegang
Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Kekencangan payu dara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi factor utamanya adalah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga anda akan semakin tua bukan! Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastis apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.

Sumber: Mingguan Wanita

Selasa, 24 November 2009

Petua Kecantikan Omak


Salam buat semua,
Apo kabar? Minggu ni tak ke mano-mano ko? Omak dan abah kau banyak dapat kad jemputan kenduri kawin orang kampung dan kengkawan abah kau punya anak. Setiap Sabtu dan ahad kami tak dapek kemano-mano. Nak ziarah korang pun tak sompek kerano hal kawin ni ler. Jadi, jemputan Leha dan lakinyo terpakso omak pospon lepas raya Haji nanti. Yolah, omak paham korang rindu kek kitorang, tapi kawin korang diorang datang, takkan kawen anak-anak diorang omak dan abah nak buat donno ajo, tak fairlah kan?

Oklah, kali ini omak nak cerito pasal kecantikan. Mesti korang tertanyo-tanyo apahal omak kali ni hah, dah buang tebiat ko dio? Tak,tak. Omak waras lagi, belum time nak mati lagi, cumo nak ingatkan korang pasal kecantikan dan produk kecantikan yang ada di pasaran. Banyak sangat. Sampai tak tahu nak pilih yang mana? Sebelum omak pergi lebih jauh, omak setuju, kecantikan itu penting buat seorang pompuan macam kito, samo pentingnyo dengan seks dalam rumah tanggo. Beratus-ratus ringgit korang belanjo bila time gaji, beli facial, body lotion dan lain-lain. Omak paham sumo tu. Omak tak marah, malah omak setuju kalau korang pakai tu semua untuk pikat hati laki. Tapi, jangan tersalah pilih! Dah banyak orang rosakmuko pasal salah pilih produk. Tak sesuai dengan kulit, tak ada logo halal, malah beracun sehingga mencacatkan muko. Jadi, omak nak beri nasihat, manolah tahu kalau-kalau berguno pada korang.

Mulo-mulo korang tengok wajah omak dulu maso anak-anak daro. Bergetah. Semuo jejako tergilo-gilo kek omak. Tapi omak pandai kontrol ayu. Tak ado tergedik-gedik macam bebudak sekarang. Kono puji sikit, dah nak sedokah barang berhargo dio. Bodoh! Walaupun atok korang motong getah jo, tapi omak tetap amalkan petuo kecantikan cara lamo. Omak maintain keayuan omak sampailah omak bernikah dengan abah korang. Abah korang maso tu solja (soldier), askarlah. Kerja gomen (government) pulak tu. Bilo abah kau masuk meminang, atok dan wan korang terus setuju. Kata dio terjamin maso dopan ekau. Lagipun omak tengok abah korang bertubuh saso, macam Rambo, otot berketul-ketul badannyo, terutamo bahagian XXXnyo. Omak raso tentu super power ni, maklumlah askar, aktif! Bilo dah beranak tigo, omak raso ado perubahan tang muko terutamo gigi omak yang dah mulo jongang. Omak kaji punya kaji, rupanyo perubahan tu pasal aktiviti agresif ranjang omak dan abah kau, terutamo adegan kurik -kulum. Tapi omak tak peduli. Biarlah jongos asal abah kau tetap sayang omak. Memang betul, omak bahagio sampai kini pasal omak ikut sajo apo yang disuruhnyo.

Jadi kek bawah ni, omak tunjukkan kesan buruk tersalah pilih make-up yang omak jumpo kek internet. Tengoklah yo? Kesemua gambar tu hah hanyolah hiasan semato-mato.


Selalulah membasuh muko dengan air bersih@ berwuduk



Kesan tersalah makan pil kecantikan dan pembedahan yang tak menjadi!


Muka rosak dah teruk



Yang ini pulak bukan muka aja buruk, perangai pun tak semenggah!
Itulah akibat tak nak dengar nasihat orang

Jumaat, 20 November 2009

Disiplin Bebudak Sekolah Makin Teruk!

Assalamualaikum semua,

Omak dan abah kau baru balik dari perjumpaan PIBG sekolah adik kau, Leman. Perjumpaan kali ini tentang masalah disiplen bebudak sekolah tu hah. Dah makin teruk. Kata pengetua, tahun ini saja dah 3 orang budak pompuan bunting.Semuo sekali sejak sekolah mula dibukak dah tujuh. Umur lingkungan 15-17 tahun. baru tingkatan tigo dan limo! Omak pun tak tahu nak cakap, benda dah terlanjur, dah terjadi. Malu bosar agaknya mak bapak diorang, dapek cucu haram. Mano nak taruk muko kek kampung ni!

Pengetuo pulak dapek cucu haram, pasal anak murid dah beranak. Cikgu tu tak adolah bagi tahu namo bebudak tu, tahu sama tahu ajolah. Kampung ni bukannyo bosar sangat. Tak payah broadband, internet bergerak banyak, kojap jo dapek berito. Agaknyo bebudak sekolah sekarang dah macam kek England, Amerika dan merato nogori omputeh, dah tak ado raso malu. Muko nampak baik. Pergi sekolah pakai tudung. Entah bila maso diorang buek projek, tak ado pulak omak siasat. Tapi yang pasti, ini sumo pasal pengaruh blue filem dan video internet.

Kato cikgu disiplin, ramai bebudak bawak kamera henfon ke sekolah, tunjuk dokek kengkawan gambar-gambar lucah. Ado jugak yang tayang gambar seksi dan bercium dengan balak diorang kek dalam apo ko bondonyo,myspace?, friendster? masing-masing. Tambahan pulak omak bapak tak ambil kesah pergaulan anak-anak. Buat tak reti, anak naik motor dengan jantan, poi Terminal Soromban, duduk menebeng, pakai baju nampak puting, seluar pula nampak alur burit, tayang body kek mato-mato liar. Kono umpan sikit dengan duit, makan minum, akhirnyo kono kekah. Bukannyo menyosal tapi makin gian,nak lagi adolah!

Jadi, cikgu-cikgu dan pengerusi PIBG menasihatkan omak bapak jangan melenting bilo cikgu bagi tahu masalah disiplin anak kek sekolah pasal omak bapak tak tahu apo anak-anak buat kek luar. Bebudak ni pandai berlakon. Depan keluargo, pijak semut tak mati,kek luar perangai macam anak jin! Jiran-jiran amik tahulah sikit pasal bebudak sekolah, kalau nampak yang tak elok di mato, bagi tahu omak bapak dio.Omak bapak pulak jangan terus melenting. Cakap baik-baik dengan anak. Takut lari dari rumah pulak lepas kono tengking. Kalau kes jenayah,dadah ko, telefon polis. Omak cukup setuju dengan pendapat diorang. Kadang-kadang cikgu tegur perangai anak, omak bapak pulak yang tengking cikgu. Apo ko bondo ni hah? Dah lah tu, siap ugut nak saman sekolah pulak. Kesian cikgu-cikgu sekolah, nak baikkan anak bangso,mak bapak pulak yang menjahanamkan anak sendiri.

Jadi, omak ingatkan korang, kalau anak balik rumah beritahu cikgu pukul, jangan korang termakan ceritonyo. Kalau tak puas hati jumpo cikgu bosar atau pengetuo. Kalau terbukti anak korang yang bersalah tambah lagi satu penampar kek dio, depan cikgu. Biar dio sodar omak bapak dio tak suko perangai yang memalukan. Bagi tahu cikgu kalau anak korang buek lagi , hentam sajo, asalkan jangan sampai patah riuk sudahlah. Omak pasti niat cikgu-cikgu tu baik. Jago anak-anak korang baik-baik!

Isnin, 16 November 2009

Menu Kegemaran Abah Kau

Jumpo lagi hari ini,

Omak baru balik pasar beli ikan, ayam dan sayur. Bukan ado apo-apo, Cuma makan hari-hari ajo. Omak cukup pentingkan pemakanan abah kau, terutama selera makannya. Wan korang dah ajar omak, kalau nak pikat hati suami, jago makan minumnya. Jangan hari-hari masak ikan termenung ajo, nanti ekau yang termenung samo. Apo yang laki korang suko, masakkan! Tak mampu sekarang, tunggu time gaji, belilah. Kau jago dio dengan masak kek rumah. Jangan bagi dio kerap makan kek kodai, nanti dah biaso dio, ontah jando manolah yang akan bagi dio makan luar, ekau jugak yang melopong. Ekau tu hah dah lamo dah melopong, jangan tak bersiram sudah, gersang nanti! Jadi, dongar cakap omak ni hah..Masakkan yang sodap-sodap kek dio. Biar dio raso air tangan korang, selain air.... korang faham-faham ajolah yo.

Abah kau tu hah, makan bukan sembarangan. Kalau lauk tak sodap, tak makan pun dio tak kesah. Tapi kalau kono seleronyo, pinggan dijilatnyo. Ermmm.... setim omak bayangkan tang jilat tu..

Dekat bawah ni, omak kirimkan gambar lauk-pauk kegemaran abah kau. Jadi, kalau omak dan abah datang rumah korang, masakkanlah apo-apo lauk daripada menu kek sini. Suko hati dio!


Cencaru Masak Kicap

Daging Masak Kicap

Sambal Berlada Daging


Pari Bakar Masak Kicap


Sambal Telur Rebus


Sambal Tumis Sardin

Ketam Berlada


Gulai Ikan Pari



Kari Ikan


Udang Masak Lemak Cili Api


Masak Lemak Tempoyak Sepat dengan Pisang Muda

Masak Lemak Ikan Masin

Ikan Patin Masak Lemak

Sup Ayam


Asam Rebus Ikan dengan Tempoyak






Buncis Masak Kicap


Kangkung Goreng dengan Ikan Masin




Tumis Air Sawi dengan Tauhu Goreng


Kacang Panjang Goreng


Kacang panjang dengan Daging Cincang


Pecal dan Rojak






Petai dan Jering



Kicap Lemak Masin


Teh Tarik Gelas Besar


Mee Goreng Mamak


Nasi Goreng Kampung


Nasi Ayam Hainan