Isnin, 16 November 2009

Menu Kegemaran Abah Kau

Jumpo lagi hari ini,

Omak baru balik pasar beli ikan, ayam dan sayur. Bukan ado apo-apo, Cuma makan hari-hari ajo. Omak cukup pentingkan pemakanan abah kau, terutama selera makannya. Wan korang dah ajar omak, kalau nak pikat hati suami, jago makan minumnya. Jangan hari-hari masak ikan termenung ajo, nanti ekau yang termenung samo. Apo yang laki korang suko, masakkan! Tak mampu sekarang, tunggu time gaji, belilah. Kau jago dio dengan masak kek rumah. Jangan bagi dio kerap makan kek kodai, nanti dah biaso dio, ontah jando manolah yang akan bagi dio makan luar, ekau jugak yang melopong. Ekau tu hah dah lamo dah melopong, jangan tak bersiram sudah, gersang nanti! Jadi, dongar cakap omak ni hah..Masakkan yang sodap-sodap kek dio. Biar dio raso air tangan korang, selain air.... korang faham-faham ajolah yo.

Abah kau tu hah, makan bukan sembarangan. Kalau lauk tak sodap, tak makan pun dio tak kesah. Tapi kalau kono seleronyo, pinggan dijilatnyo. Ermmm.... setim omak bayangkan tang jilat tu..

Dekat bawah ni, omak kirimkan gambar lauk-pauk kegemaran abah kau. Jadi, kalau omak dan abah datang rumah korang, masakkanlah apo-apo lauk daripada menu kek sini. Suko hati dio!


Cencaru Masak Kicap

Daging Masak Kicap

Sambal Berlada Daging


Pari Bakar Masak Kicap


Sambal Telur Rebus


Sambal Tumis Sardin

Ketam Berlada


Gulai Ikan Pari



Kari Ikan


Udang Masak Lemak Cili Api


Masak Lemak Tempoyak Sepat dengan Pisang Muda

Masak Lemak Ikan Masin

Ikan Patin Masak Lemak

Sup Ayam


Asam Rebus Ikan dengan Tempoyak






Buncis Masak Kicap


Kangkung Goreng dengan Ikan Masin




Tumis Air Sawi dengan Tauhu Goreng


Kacang Panjang Goreng


Kacang panjang dengan Daging Cincang


Pecal dan Rojak






Petai dan Jering



Kicap Lemak Masin


Teh Tarik Gelas Besar


Mee Goreng Mamak


Nasi Goreng Kampung


Nasi Ayam Hainan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan