Ahad, 27 Disember 2009

Melayu Baru: Kes Sosial Bebudak Sekolah

Salam kembali,
Po kabar semuo? Omak dan abah korang sehat ajo. Omak dan abah baru jo balik dari klinik, pergi check darah. Alhamdulillah, tak ado penyakit bahayo. Korang juga kono pergi klinik buat check up, sekurang-kurangnyo sekali setahun. Umur kita yang semakin meningkat ini kenalah kerap jago kesihatan, jangan melantak apo sajo, korang bukan makin muda, Tahu-tahu ada sajo penyakit yang hinggap, Kalau demam selsemo pun, jangan pandang ringan. Kata doktor H1N1 dah melanda kembali!
Oh ya,
Hari tu rumah kito didatangi rombongan cikgu sekolah Leman. Ado pengetua, guru Hal Ehwal Murid dan beberapo orang ustazah. Mulo-mulo omak sangkokan Si Leman ado buat kesalahan bosar kek sekolah. Maso tu abah korang tak ado, kojo. Omak punyolah saspens.
“Nanti kau Leman, balik cikgu ni kang, aku kojokan ekau. “Fikir omak. Maso tu Leman pun tak ado kek rumah, dio main bola. Jadi omak pun jemputlah diorang masuk. Cerito punyo cerito, kedatangan diorang tak ado kono mengeno dengan perangai Leman kek sekolah, malah diorang puji pulak Leman pelajar lelaki contoh kek sekolah. Sebonarnyo diorang datang pasal nak bincang dengan omak pasal omak ahli PIBG sekolah dan kato pengetuonyo omak dilihat sebagai ibu mithali kek kampong pasal anak-anak omak semuo dah berjayo dalam hidup, kato diorang baik dunio mahupun akhirat. Jadi, omak tak terkatolah pasal pujian yang melambung yang tidak omak pinta tu. Omak diam ajo. Tapi dalam hati Tuhan ajo yang tahu,syukur.
Kato diorang, kes beranak luar nikah kek sekolah dah sampai peringkat memalukan, bukan sekolah ajo yang malu, bahkan satu negori Sembilan dah heboh pasal kes-kes sosial kek kampong kito. Mano nak taruk muko. Budak-budak sekolah sekarang dah teruk dah, harap muko ajo yang comel, kek bawah tu kato orang Perak, dah loheh (longgar). Yang jantan, hisap dadah, yang betino pulak, bohsia. Tak tahulah apo nak jadi kalau dibiar-biarkan lagi. Kato cikgu-cikgu tu dah macam-macam program kesedaran, agamo yang diberikan, tapi macam tu jugak. Tak tahu apo lagi nak dibuek. Jadi, kato Ustazah Hasnah tujuan mereko datang, nak bertanyo kek omak caro omak didik anak-anak omak sampai berjayo.
Omak jawab tak ado apo-apo yang spesel didikan omak pado korang. Omak kato,solat limo waktu yang paling penting, sebab kalau tak ado ikatan dengan Tuhan, maka kito semuo akan terpesong. Memang omak pakso anak-anak omak sebahyang, kalau tak solat, omak sosah dengan rotan. Nak kemano mesti kabar kek omak. Cakap mesti bonar walaupun pahit. Omak ajar korang jangan sekali-kali menipu. Omak dan abah korang akan pastikan korang berpakaian sopan setiap maso, lebih-lebih lagi bilo korang kek luar. Omak akan berusoho kenal pasti siapo kawan–kawan korang. Yang tak semenggah di hati omak, omak nasihatkan korang tak payah berkawan. Kawan dengan lelaki mesti berpado-pado. Jago tata susila, jago namo baik keluargo. Maghrib mesti dah ado kek rumah. Itulah yang omak kabarkan kek diorang.
Cikgu tu tanyo lagi boleh tak omak bantu selesaikan masalah gejala sosial kek sekolah tu. Kata omak, cubo cikgu kumpulkan budak-budak yang dikenalpasti ado kes atau ado potensi nak jadi bohsia, yang tergedik-gedik, yang bergaul jantan betino tak ado batasan. Inilah golongan hardcore. Kemudian buat satu program hujung minggu kek sekolah. Wajibkan penyertaan mereka. Dalam program tu,tunjukkan diorang kesan buruk seks bebas. Omak kata, cikgu jangan malu-malu nak cakap, sound direct ajo. Cakap lepas aje. Bebudak tu lebih advanced daripado cikgu dalam hal seks ni hah.. Tunjukkan gambar-gambar daripada internet, punca-punca dan cara bagaimana mereka boleh terjerumus ke lembah maksiat. Tontonkan pada mereka pergaulan bebas, termasuklah minum arak, clubbing, menari, hisap rokok, ganja, dadah sehinggalah mereka di bawa ke atas katil atau semak atau rumah kosong, sama ada secara rela ataupun dibawah pengaruh dadah atau arak.
Bagi tahu pada mereka benda seronok yang mereka rasa tu lebih sedap rasanya kalau datangnya daripada laki mereka yang sah, bukan daripada jantan jalang hidung belang. Kabar kat diorang dah tentu seks yang diorang rasa tu selamat pasal suami diorang dah tentu jenis yang bertanggungjawab, bukan kaki maksiat dan, bukan jenis yang tinggalkan betina begitu sahaja lepas dapat rasa p*ki korang.



Seterusnya, omak suruh cikgu-cikgu tu, tunjukkan pada bebudak tu kesan-kesan selepas seks kepado mereka. Cakap kek diorang, lelaki tak ado apo-apo kesan. Yang terimo bencananyo, korang pompuan. Perut makin membosong, berisi anak haram, anak tak berbapak, pasal jantan-jantan tu jangan haraplah nak mengaku anak diorang. Pasti ramai yang akan cabut lari pergi KL atau keluar terus daripada kampong, tak nak bertanggung jawab. Akhirnyo siapo yang melopong? Korang jugak. Dua kali melopong. Dahlah kek bawah tu melopong kono tebuk tupai, mulut pulak melopong tak terkato. Menangis pun tak guno. Akhirnya, tertekan jiwa. Kalau omak bapak tahu, haru biru. Malu keluarga.Dah menconteng arang kek muko abah korang. Nak sembunyikan kandungan? Macam mano? Perut makin membuncit. Maso tu kengkawan pun tak tahu nak cakap apa. Setan bagi idea, gugurkan kandungan tu kalau tak nak semua orang tahu. Akhirnya berlakulah pengguguran. Dua kali dosa besar. Berdosa besar kerana berzina dan berdosa besar kerana menggugurkan kandungan! Rasa bersalah dan berdosa tetap akan menghantui korang sampai ke tua.
pengguguran janin


bayi yang terbuang
Yang tak menggugurkan anak tapi bersalin pun bermasalah. Selain daripada malu, nasib anak yang dilahirkan tak terbela. Nak daftar,siapo bapaknyo? Terpakso keluargo cari jantan tua, umur lima enam puluh tahun buatkan korang laki, pasal nak tutup malu. Lepas tu hiduplah korang sampai mati dengan laki yang boleh dipanggil atuk tu. Dah nasib korang!



masa tengah cun

masa tengah stim
masa tengah nangis
Kadang-kadang tekanan jiwa begitu kuat pado ibu tunggal haram ni, sehingga mereka ambil keputusan buang anak kek masjid, surau, atau tempat orang lalu lalang. Ada yang lebih teruk, bunuh anak tu hidup-hidup. Akhirnya ditangkap polis dan dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup .Merana sepanjang hayat. Inilah barah yang sedang menular dalam masyarakat kita Nau’zubilah himin zalik. Jauhkanlah ya Allah.
Lepas tu cikgu-cikgu, suruh diorang bandingkan kehidupan orang bernikah. Tenang, aman. Diraikan orang pada hari persandingan. Dibuat kenduri kesyukuran bila mengandung dan bersalin. Semua orang seronok, laki, mak abah korang serta semua orang kampong. Berbangga pasal bertambah keturunan dan umat nabi Muhammad, yang akan membelo agama, keluargo dan Negara. Tahan ajelah nafsu tu sikit, sampai lepas SPM aje. Kalau tak tahan jugak, mintak mak abah korang kahwinkan copek, Daripada dapat anak gampang, lebih baik timang anak maso tengah sekolah, Tak apo, tentu arah anak halal!
Biar diorang bandingkan kesan baik perkahwinan dan kesan buruk seks bebas.Kalau nak dramatik lagi bawa diorang melawat rumah pemulihan akhlak yang berdekatan. Biar diorang tengok sendiri dengan mata kepalo diorang apo yang terjadi lepas dapek batang free. Tentu diorang menyosal tak sudah.
Itulah nasihat omak pado cikgu-cikgu tu. Manalah tahu kalau-kalau berguna dan berkesan. Pengetua kato dia akan cubo pakai cadangan omak tu. Itulah omak ingatkan korang jago anak –anak. Biar sekarang diorang menangis kono rotan daripada kito yang menangis kemudian hari. Ingat-ingat pesan omak ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan