Sabtu, 14 November 2009

Rahsia Rumah Tangga Bahagia


Salam buat semua,
Omak dan abah kau Alhamdulillah sehat ajo. Kepada anak menantu omak yang pompuan, bagaimana rumah tanggo korang? Sihat jugo ko? Omak tanya nie bukan pasal apa, makin lama berumah tangga, makin longgar hubungan suami isteri. Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya korang dah mulo tak ambil berat lagi dah keintiman rumah tangga dan laki korang.
Tak percayo apo omak kato? Cuba renungkan kembali dulu dan sekarang ini. Dulu korang berdua macam belangkas. Ke mana pergi berdua, sampai mandipun bersama. Makan minum bukan main korang jaga, siap bersuap. Bila laki balik kerja, korang pasang badan, bukan makin lawa lagi, bergetah! Sekarang, mana pergi semuanya itu? Tak ada lagi mandi berdua, jalan pun sorang depan sorang belakang. Makan minum tak disajikan lagi, main ambil sendiri. Tak tanya lagi abang dah makan ke belum? Penampilan pun tak macam dulu, bukan setakat bibir tak bergincu, bedak pun haram tak dipakai. Bau badan lebih kurang bau asam keping aja.
Korang tahu tak, itulah tanda-tandanya rumah tangga korang mula bermasalah. Rumah bukan lagi tempat yang pertama dia tuju selepas balik kerja. Kalau boleh malas dia nak balik, sebab bila balik suasana tidak sebagaimana yang diharapkan. Jangan beri alasan anak ler. Omak ni dah beranak sembilan ler, korang baru satu dua anak dah bising.. Cubalah korang tengok omak ni hah. Kenapo abah kau balik kerja terus ke rumah, tak ada dia melencong ke mana-mana? Bukan dia tak ada kawan, ramai! Tapi kenapa dia balik ke rumah dulu? Nak tahu sebabnya? Sebab.. Rumahku Syurgaku. Itulah jawapannya. Dia berasa aman dan tenteram ketika berada di rumah, setelah seharian bekerja. Isteri dia melayan dia macam rajo. Segalo makan minumnya siap, tak payah diminta-minta. Kain bajunya siap berbasuh dan bergosok, berseterikalah. Omak, walaupun penampilan agak kurang dari segi muko, tapi omak tetap berikan yang terbaik. Omak pakai bedak, ganti pakaian baru sebelum abah korang balik, dan segala-galanya. Langsung tak ada komplen daripada abah kau! Korang semua masa kecik-kecik dulu tak ada sesiapo yang terbiar, tak berbaju atau selekeh. Sumo omak jago, no problem pun.
Lagi satu, sekali lagi omak nak ingatkan korang. Bilik tidur paling utamo. Maksud omak, itulah bilik dio, rajo di rumah. Jangan sekali-kali korang bagi budak-budak lanyak katil, atau sesiapo baring. Bilik itu ibarat taman larangan rajo. Tak boleh sesiapo menceroboh. Tetamupun tak boleh. Kalau ado sedaro maro tumpang bermalam, sediakan bilik khas, atau kalau tak ada, bentang aje toto atau comforter kek depan tv, di ruang tamu. Bilik tidur korang, SORRY, off limit! Lagipun diorang tak kesah pun, yang penting layanan korang semaso mereka berada di sano, mesti first class.
Terlanjur omak bercerito pasal bilik tidur ni, mak nak ingatkan sekali lagi. Rajo mesti dilayan sebaik-baiknyo. Kalau dio ajak, jangan tak beri. Jantan ni egonyo bosar, macam balaknya jugak. Sekali dua bolehlah dimaafnyo, masuk kali ketiga, penerajang atau penampar hinggap kat badan atau muko korang. Lamo-lamo, tak diceraikannya korangpun dah seribu rahmat. Satu lagi, kalau diorang dah bertekad nak kawin lagi, tak ado apo yang dapat menyekatnyo. Percayolah cakap omak ni hah. Bagi aje kalau dio mintak. Layan dio macam mano betino sundal layan pelanggannyo. Iyo! Dio puas, ekau pun samo. Lepas tu, barulah mintak macam-macam. Barang kemas pun boleh dapat, tau.
Itu ajolah petuo bagaimano nak kekalkan jodoh perkahwinan. Tak perlu jumpo bomoh atau cucuk botox. Ingat, muko yang dulu lawa dah mula berkedut. Badan yang dulu ramping bagai kerengga, kini dah mula macam tong. Tetek korang yang bosar dan pejal, kini dah mulo kendur dan lisut. Apo lagi yang menarik? Cumo layanan mesra ajo yang tinggal. Jangan itupun korang gadai. Kalau itupun dah tak ado, sayonaralah korang.
Ingat yo! Layanan mesro, penampilan dijago, makan minum disedio, aksi di ranjang jangan korang lupo. Itulah pasangan bahagio. Omak poi dulu, abah korang dah panggil tu hah. Malam inikan malam Jumaat!
1.Jago Penampilan
2. Jago Makan minum anak dan suami



3. Jago Aksi-aksi di Bilik Tidurmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan