Ahad, 27 Disember 2009

Melayu Baru: Kes Sosial Bebudak Sekolah

Salam kembali,
Po kabar semuo? Omak dan abah korang sehat ajo. Omak dan abah baru jo balik dari klinik, pergi check darah. Alhamdulillah, tak ado penyakit bahayo. Korang juga kono pergi klinik buat check up, sekurang-kurangnyo sekali setahun. Umur kita yang semakin meningkat ini kenalah kerap jago kesihatan, jangan melantak apo sajo, korang bukan makin muda, Tahu-tahu ada sajo penyakit yang hinggap, Kalau demam selsemo pun, jangan pandang ringan. Kata doktor H1N1 dah melanda kembali!
Oh ya,
Hari tu rumah kito didatangi rombongan cikgu sekolah Leman. Ado pengetua, guru Hal Ehwal Murid dan beberapo orang ustazah. Mulo-mulo omak sangkokan Si Leman ado buat kesalahan bosar kek sekolah. Maso tu abah korang tak ado, kojo. Omak punyolah saspens.
“Nanti kau Leman, balik cikgu ni kang, aku kojokan ekau. “Fikir omak. Maso tu Leman pun tak ado kek rumah, dio main bola. Jadi omak pun jemputlah diorang masuk. Cerito punyo cerito, kedatangan diorang tak ado kono mengeno dengan perangai Leman kek sekolah, malah diorang puji pulak Leman pelajar lelaki contoh kek sekolah. Sebonarnyo diorang datang pasal nak bincang dengan omak pasal omak ahli PIBG sekolah dan kato pengetuonyo omak dilihat sebagai ibu mithali kek kampong pasal anak-anak omak semuo dah berjayo dalam hidup, kato diorang baik dunio mahupun akhirat. Jadi, omak tak terkatolah pasal pujian yang melambung yang tidak omak pinta tu. Omak diam ajo. Tapi dalam hati Tuhan ajo yang tahu,syukur.
Kato diorang, kes beranak luar nikah kek sekolah dah sampai peringkat memalukan, bukan sekolah ajo yang malu, bahkan satu negori Sembilan dah heboh pasal kes-kes sosial kek kampong kito. Mano nak taruk muko. Budak-budak sekolah sekarang dah teruk dah, harap muko ajo yang comel, kek bawah tu kato orang Perak, dah loheh (longgar). Yang jantan, hisap dadah, yang betino pulak, bohsia. Tak tahulah apo nak jadi kalau dibiar-biarkan lagi. Kato cikgu-cikgu tu dah macam-macam program kesedaran, agamo yang diberikan, tapi macam tu jugak. Tak tahu apo lagi nak dibuek. Jadi, kato Ustazah Hasnah tujuan mereko datang, nak bertanyo kek omak caro omak didik anak-anak omak sampai berjayo.
Omak jawab tak ado apo-apo yang spesel didikan omak pado korang. Omak kato,solat limo waktu yang paling penting, sebab kalau tak ado ikatan dengan Tuhan, maka kito semuo akan terpesong. Memang omak pakso anak-anak omak sebahyang, kalau tak solat, omak sosah dengan rotan. Nak kemano mesti kabar kek omak. Cakap mesti bonar walaupun pahit. Omak ajar korang jangan sekali-kali menipu. Omak dan abah korang akan pastikan korang berpakaian sopan setiap maso, lebih-lebih lagi bilo korang kek luar. Omak akan berusoho kenal pasti siapo kawan–kawan korang. Yang tak semenggah di hati omak, omak nasihatkan korang tak payah berkawan. Kawan dengan lelaki mesti berpado-pado. Jago tata susila, jago namo baik keluargo. Maghrib mesti dah ado kek rumah. Itulah yang omak kabarkan kek diorang.
Cikgu tu tanyo lagi boleh tak omak bantu selesaikan masalah gejala sosial kek sekolah tu. Kata omak, cubo cikgu kumpulkan budak-budak yang dikenalpasti ado kes atau ado potensi nak jadi bohsia, yang tergedik-gedik, yang bergaul jantan betino tak ado batasan. Inilah golongan hardcore. Kemudian buat satu program hujung minggu kek sekolah. Wajibkan penyertaan mereka. Dalam program tu,tunjukkan diorang kesan buruk seks bebas. Omak kata, cikgu jangan malu-malu nak cakap, sound direct ajo. Cakap lepas aje. Bebudak tu lebih advanced daripado cikgu dalam hal seks ni hah.. Tunjukkan gambar-gambar daripada internet, punca-punca dan cara bagaimana mereka boleh terjerumus ke lembah maksiat. Tontonkan pada mereka pergaulan bebas, termasuklah minum arak, clubbing, menari, hisap rokok, ganja, dadah sehinggalah mereka di bawa ke atas katil atau semak atau rumah kosong, sama ada secara rela ataupun dibawah pengaruh dadah atau arak.
Bagi tahu pada mereka benda seronok yang mereka rasa tu lebih sedap rasanya kalau datangnya daripada laki mereka yang sah, bukan daripada jantan jalang hidung belang. Kabar kat diorang dah tentu seks yang diorang rasa tu selamat pasal suami diorang dah tentu jenis yang bertanggungjawab, bukan kaki maksiat dan, bukan jenis yang tinggalkan betina begitu sahaja lepas dapat rasa p*ki korang.



Seterusnya, omak suruh cikgu-cikgu tu, tunjukkan pada bebudak tu kesan-kesan selepas seks kepado mereka. Cakap kek diorang, lelaki tak ado apo-apo kesan. Yang terimo bencananyo, korang pompuan. Perut makin membosong, berisi anak haram, anak tak berbapak, pasal jantan-jantan tu jangan haraplah nak mengaku anak diorang. Pasti ramai yang akan cabut lari pergi KL atau keluar terus daripada kampong, tak nak bertanggung jawab. Akhirnyo siapo yang melopong? Korang jugak. Dua kali melopong. Dahlah kek bawah tu melopong kono tebuk tupai, mulut pulak melopong tak terkato. Menangis pun tak guno. Akhirnya, tertekan jiwa. Kalau omak bapak tahu, haru biru. Malu keluarga.Dah menconteng arang kek muko abah korang. Nak sembunyikan kandungan? Macam mano? Perut makin membuncit. Maso tu kengkawan pun tak tahu nak cakap apa. Setan bagi idea, gugurkan kandungan tu kalau tak nak semua orang tahu. Akhirnya berlakulah pengguguran. Dua kali dosa besar. Berdosa besar kerana berzina dan berdosa besar kerana menggugurkan kandungan! Rasa bersalah dan berdosa tetap akan menghantui korang sampai ke tua.
pengguguran janin


bayi yang terbuang
Yang tak menggugurkan anak tapi bersalin pun bermasalah. Selain daripada malu, nasib anak yang dilahirkan tak terbela. Nak daftar,siapo bapaknyo? Terpakso keluargo cari jantan tua, umur lima enam puluh tahun buatkan korang laki, pasal nak tutup malu. Lepas tu hiduplah korang sampai mati dengan laki yang boleh dipanggil atuk tu. Dah nasib korang!



masa tengah cun

masa tengah stim
masa tengah nangis
Kadang-kadang tekanan jiwa begitu kuat pado ibu tunggal haram ni, sehingga mereka ambil keputusan buang anak kek masjid, surau, atau tempat orang lalu lalang. Ada yang lebih teruk, bunuh anak tu hidup-hidup. Akhirnya ditangkap polis dan dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup .Merana sepanjang hayat. Inilah barah yang sedang menular dalam masyarakat kita Nau’zubilah himin zalik. Jauhkanlah ya Allah.
Lepas tu cikgu-cikgu, suruh diorang bandingkan kehidupan orang bernikah. Tenang, aman. Diraikan orang pada hari persandingan. Dibuat kenduri kesyukuran bila mengandung dan bersalin. Semua orang seronok, laki, mak abah korang serta semua orang kampong. Berbangga pasal bertambah keturunan dan umat nabi Muhammad, yang akan membelo agama, keluargo dan Negara. Tahan ajelah nafsu tu sikit, sampai lepas SPM aje. Kalau tak tahan jugak, mintak mak abah korang kahwinkan copek, Daripada dapat anak gampang, lebih baik timang anak maso tengah sekolah, Tak apo, tentu arah anak halal!
Biar diorang bandingkan kesan baik perkahwinan dan kesan buruk seks bebas.Kalau nak dramatik lagi bawa diorang melawat rumah pemulihan akhlak yang berdekatan. Biar diorang tengok sendiri dengan mata kepalo diorang apo yang terjadi lepas dapek batang free. Tentu diorang menyosal tak sudah.
Itulah nasihat omak pado cikgu-cikgu tu. Manalah tahu kalau-kalau berguna dan berkesan. Pengetua kato dia akan cubo pakai cadangan omak tu. Itulah omak ingatkan korang jago anak –anak. Biar sekarang diorang menangis kono rotan daripada kito yang menangis kemudian hari. Ingat-ingat pesan omak ni.

Selasa, 1 Disember 2009

Syurga di Tangan Kananmu, Neraka di Tangan Kirimu: Di mana anak-anak anda sekarang?

Salam 1Ummah buat semua,
Omak dan abah kau macam biaso ajo, sihat walafiat. Begitu juga omak harap korang jago diri dan anak-anak terutamo musim hujan dan panas yang dah tak menentu ni hah. Omak baru jo baik domam selsemo. Tak perlu risau, omak demam biaso jo.
Korang tak ado rancangan nak sunatkan anak-anak ko? Si Rizal dan Badrul tu dah sunat ko belum? Nikan dah musim cuti sekolah , apo lagi yang kau tunggu, Senah? Dah berbulu nanti baru ekau nak sunatkan? Malu dio dengan kengkawannyo! Lagipun inikan tengah sibuk hal potong-potong, dalam tv pun ado iklannyo. Kalau tak ado budget, korang jangan susah hati, diorang tu cucu omak jugak. Biar omak dan abah sponsor, 100%. Tak apo,
berkhatan@masuk jawi@bersunat
omak dan abah adolah simpan duit sikit. Janji diorang tu sunat kek kampong, ok? Omak nak buat kenduri tahlil dan doa selamat sikit. Korang tak perlu malu-malu, omak faham, dah hujung-hujung tahun ni banyak nak kono beli, baju sekolah, kasut sekolah, yuran dan macam-macam lagi. Omak dah raso semuo tu. Hal ini penting, tahu tak? Ekau belajar ngajikan? Kalau hujungnyo tak dipotong, nanti sembahyang tak sah, pasal banyak tahi palat, kotor,dah macam Cina pulak nanti. Dah kawin lagi tak sedap, nak lollipop pun tak ado selero. Cubo kau tengok laki korang punyo, Nampak kepalo,macam kepalo ular tedung, berselero sungguh! Ekau semuo dah faham bebonar apo yang omak bebelkan ini, kan? Lagipun itu tuntutan agamo jangan ringan-ringankan! Berdosa korang laki bini nanti.
Keris dah keluar sarung, jaga kau malam ini,Temah
Cerito pasal tuntutan agamo, omak cukup risau pasal dah banyak timbul ajaran-ajaran sosek kek negaro kito ni. Dulu ajaran Ayah Pin, yang dah jadi Ayapan. Komudian timbul cito cikgu Kahar, Rasul Melayu. Omak heran bagaimano sorang cikgu terpelajar, boleh jadi bodoh bangang dalam hal agamo. Bukan sajo sosek tapi jugo menyosatkan orang yang lebih bengong daripado dio. Jadi, pesan omak, kalau ado niat nak belajar lebih mendalam tentang agamo, berjumpolah dengan ustaz-ustaz di surau atau di masjid. Dah tentu bertauliah!
Masalahnyo, orang-orang kito nak cari jalan mudah ke syurgo. Nak yang Touch N Go, kalau ado Smart Tag lagi baik! Tak payah nak buat sumo kewajipan termasuk bersolat. Ini semuo dah sah disosekkan dek setan pangkat general, bukan prebet lagi dah! Yang prebet pun kito hanyut, leko tak solat, puasa celam-celum, inikan bilo general yang masuk campur, hancur akidah. Silap haribulan, lebih hindu daripada Hindu sebonar, lebih yahudi daripada Yahudi di Israel tu. Gaya hidup lebih sosek barat daripado omputeh. Itu yang kito dongar cerito pasal Qadianni, yang kalau nak solat,tak payah buat, niat jo dah cukup. Cubo maso makan, tak nak pula niat ajo, tak payah jamah makanan. Boleh kenyang ko? Bangang!
Sekarang ni pulak ado cerito pasal Islam Liberal. Omak pun tak reti nak cerito kek korang apo-apo yang diorang buek. Tapi pokoknyo, mereko memudah-mudahkan kehendak Islam. Kata diorang Islam tu mudah, jangan nak disusah-susahkan. Gerakan diorang ni di Indonesia dah menular, pasal kek sinun tak ado majlis agamo Islam yang kuek dan berkuaso macam kek sini. Kek sinun fungsi Islamnyo hanyo bilo nak nikah kahwin, mati, cerai,dan wasiat. Yang lain pandai-pandai koranglah. Pasal apo gitu? Pasal agamo letak di belakang punggung, pancasila dijunjung. Maaf Bapak Presiden, yang bener! Jadi gerakan sebegini tumbuh subur kek sinun terutamo di bandar-bandar bosar seperti Jakarta pasal tak ado akta yang menghalang. Selagi tidak ado paksaan. Yahudi dan Kristian sukolah. Bagi itu, bagi ini, atas nama khidmat masyarakat. Mintak apo ajo, sumo dapek.
Itulah permulaan rosak akidah umat Islam terutamo yang terpelajar, belajar sekolah tinggi tapi pengisian agamo di dado kosong. Omak dongar, kek sano dah ado kubur muhibah, Islam ,cino ,kristian disemadikan bersamo dalam satu tempat perkuburan. Astaghfirullah al adzim. Dunio dah nak kiamat, tak lamo ajo lagi! Tak heranlah macam –macam balo yang tibo kek Indonesia, tsunami, gempa bumi, dan lain-lain bencano, pasal Allah tak redho maksiat dan kesesatan berleluaso kek sinun. Maaflah orang-orang Indon, memang itu janji Tuhan. Malaysia belum lagi, baru bungo-bungonyo sajo.Tak tahulah bilo, pasal dah terlampau teruk dah. Hancur! Sebab apo sampai jadi begitu ? Sebab,Melayu BOLEH. Boleh buek apo sajo macam orang lain
Pertandingan Siapa punya paling tembam
di dunio termasuk maksiat. Kalau kek tempat omputeh ado gay club, kat KL ado, wild party, kongkek ramai-ramai, biaso. Budak –budak mudo, teguk air kencing setan, cakap brand apo, semuo tahu, berbanggo pulak tu. Rempit, bohsia, bohjan, jalang, sundal, apo nak diherankan, Malaysia Boleh.

Nak tahu punco segalo masiat ni? Senang ajo. Tak Solat. Tak sembahyang. Kalau tak solat, bererti hubungan kito dengan Allah tak ado. Kalau tak ado, maknanya kito tak takut segalo ancaman Tuhan kek dalam kubur, nerako. Kalau dah tak takut, maknonyo kito akan buek segala jenis maksiat, kongkek bini orang, tukar pasangan, anak luar nikah, berbunuhan, dan macam-macam lagi. Bapak makan anak dah ramai, sumbang mahram, bercinto dengan laki bini orang tak pelik lagi dah. Berzina, dio berbanggo, sampai tayangkan sendiri adegan kongkek mereko kek you Tube.

Inikah negaro Islam seperti kato mantan PM kito yang hidung bosar tu? Mangkuk hayun punyo orang. Tak ado mato ko? Omputeh dan yahudi tergolak-golak sampai berguling dan terkencing bilo dio berkato inilah dio model negaro Islam, contoh ikutan negaro-negaro Islam lain. Kemudian ado pulak yang nak jadi hero Islam, dengan Islam Hadharinyo. Bangang, Islam betul tak terikut, nak buat Islam baru pulak, Anak bini cucu bertelanjang tak tutup aurat, nak ajar orang pasal Islam, Pegi dah! Kalau bodoh dan jahil tentang Islam, jangan nak jadi jagoan. Biarkan sajo pado orang agamo.
PM baru kito ni sodar diri sikit banding dengan yang lain tu. Dio buek 1Malaysia. Tak apolah, tak ado bunyi agamo. Orang tak adolah marah kek dio pasal dah sungguh dio bangang bab agamo ni. Jadi, omak tengok dan perhatikan , jangan haraplah kerajaan nak jago iman kito, kito sendirilah yang bertanggung jawab atas diri, keluargo dan keturunan kito. Ingat, kito hidup ni di akhir zaman. Segalo kejadian bala bencano dan maksiat ini sudah suratan Tuhan melalui hadis-habis Nabi Junjungan. Nak elak cam mano? Semuo ado depan mato. Yang penting, pegang teguhlah pada agamo, Quran dan hadith (sunnah nabi ) jadikan ikutan. Kito bukan nak mengubah dunio, cumo nak jago iman, sebab di akhir zaman ini, iman senipis kulit bawang itu lebih bererti daripado seluruh isi dunio, kerana itulah passport kito untuk masuk ke syurga. Samo-samolah kito ingat-mengingatkan ,sebab tak ado siapo lagi kalau tak kito sesamo Islam ni. 

Salam buek semuo, salam 1Dunio buek semuo umat Islam, tak kiro dimano korang berado. Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.