Jumaat, 20 November 2009

Disiplin Bebudak Sekolah Makin Teruk!

Assalamualaikum semua,

Omak dan abah kau baru balik dari perjumpaan PIBG sekolah adik kau, Leman. Perjumpaan kali ini tentang masalah disiplen bebudak sekolah tu hah. Dah makin teruk. Kata pengetua, tahun ini saja dah 3 orang budak pompuan bunting.Semuo sekali sejak sekolah mula dibukak dah tujuh. Umur lingkungan 15-17 tahun. baru tingkatan tigo dan limo! Omak pun tak tahu nak cakap, benda dah terlanjur, dah terjadi. Malu bosar agaknya mak bapak diorang, dapek cucu haram. Mano nak taruk muko kek kampung ni!

Pengetuo pulak dapek cucu haram, pasal anak murid dah beranak. Cikgu tu tak adolah bagi tahu namo bebudak tu, tahu sama tahu ajolah. Kampung ni bukannyo bosar sangat. Tak payah broadband, internet bergerak banyak, kojap jo dapek berito. Agaknyo bebudak sekolah sekarang dah macam kek England, Amerika dan merato nogori omputeh, dah tak ado raso malu. Muko nampak baik. Pergi sekolah pakai tudung. Entah bila maso diorang buek projek, tak ado pulak omak siasat. Tapi yang pasti, ini sumo pasal pengaruh blue filem dan video internet.

Kato cikgu disiplin, ramai bebudak bawak kamera henfon ke sekolah, tunjuk dokek kengkawan gambar-gambar lucah. Ado jugak yang tayang gambar seksi dan bercium dengan balak diorang kek dalam apo ko bondonyo,myspace?, friendster? masing-masing. Tambahan pulak omak bapak tak ambil kesah pergaulan anak-anak. Buat tak reti, anak naik motor dengan jantan, poi Terminal Soromban, duduk menebeng, pakai baju nampak puting, seluar pula nampak alur burit, tayang body kek mato-mato liar. Kono umpan sikit dengan duit, makan minum, akhirnyo kono kekah. Bukannyo menyosal tapi makin gian,nak lagi adolah!

Jadi, cikgu-cikgu dan pengerusi PIBG menasihatkan omak bapak jangan melenting bilo cikgu bagi tahu masalah disiplin anak kek sekolah pasal omak bapak tak tahu apo anak-anak buat kek luar. Bebudak ni pandai berlakon. Depan keluargo, pijak semut tak mati,kek luar perangai macam anak jin! Jiran-jiran amik tahulah sikit pasal bebudak sekolah, kalau nampak yang tak elok di mato, bagi tahu omak bapak dio.Omak bapak pulak jangan terus melenting. Cakap baik-baik dengan anak. Takut lari dari rumah pulak lepas kono tengking. Kalau kes jenayah,dadah ko, telefon polis. Omak cukup setuju dengan pendapat diorang. Kadang-kadang cikgu tegur perangai anak, omak bapak pulak yang tengking cikgu. Apo ko bondo ni hah? Dah lah tu, siap ugut nak saman sekolah pulak. Kesian cikgu-cikgu sekolah, nak baikkan anak bangso,mak bapak pulak yang menjahanamkan anak sendiri.

Jadi, omak ingatkan korang, kalau anak balik rumah beritahu cikgu pukul, jangan korang termakan ceritonyo. Kalau tak puas hati jumpo cikgu bosar atau pengetuo. Kalau terbukti anak korang yang bersalah tambah lagi satu penampar kek dio, depan cikgu. Biar dio sodar omak bapak dio tak suko perangai yang memalukan. Bagi tahu cikgu kalau anak korang buek lagi , hentam sajo, asalkan jangan sampai patah riuk sudahlah. Omak pasti niat cikgu-cikgu tu baik. Jago anak-anak korang baik-baik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan