Isnin, 26 Oktober 2009

Rumah korang tu....poning kepalo mak!


Cubolah bagi rumah korang macam rumah orang lain, bersih, kemas sesedap mato memandang. Ini tidak, tiap kali mak ke rumah korang, berbulu mata mak tengok. Kalau tak pasal rumah tu rumah anak aku, dah lama aku angkek kaki. Bersepah-sepah, tak ado disiplen, macam tempat kucing beranak! Cubolah beli buku-buku hiasan rumah yang ada kat kedai mamak tu,Baca dan buat. Jangan beli aje. Tak malu ke kat mak dan jiran-jira
n korang? Korang kalau keluar rumah bergaya habis, macam anak daro, tapi rumah sendiri barai, macam bohsia.

Cubolah nasihat mak kek bawah ni hah... Omak bagi sikit-sikit, jangan tak ikut!

Konsep Kediaman


MENGGARAP gaya penataan seperti menyiapkan sebuah karya lukisan. Selain mematuhi beberapa peraturan asas seperti seni bina, aliran gaya dan warna, unsur lain yang perlu diutamakan ialah cita rasa, keselesaan di samping tidak meminggirkan ciri praktikal.
keselesaan menjadi
tonggak dan penetapan tema dipengaruhi selera, Hakikatnya, prinsip yang menganggap proses menata kediaman sama seperti kanvas lukisan menunggu masa untuk dicorakkan. menghias rumah tidak boleh selesai setahun dua tetapi ia adalah proses berterusan serta memerlukan komitmen penuh.

Gaya tropika










Konsep tropika dijadikan tunjang penataan kerana meminjam imej ranggi, selamba dan berudara. Gaya penataan berkenaan disifatkan serasi dengan tuntutan kerja yang sentiasa sibuk, selain menepati personaliti mereka yang begitu meminati dan menghargai karya seni. Mengenai tanda pengenalan yang menggambarkan gaya tropika, bergantung kepada keupayaan penghuni rumah menyesuaikan diri dengan kawasan persekitarannya.

Pengertian konsep tropika amat luas. Kayu sebagai kemasan bukan pengukur tetapi kediaman dibina sepatutnya berciri mudah diselenggarakan, ruang dimanfaat sepenuhnya dan seeloknya, diselitkan sedikit unsur kewanitaan seperti menyeri sudut tertentu dengan jambangan bunga, Selain hiasan bunga, candeliar bercawang di tengah ruang makan turut memaparkan imej berlawanan dengan meja panjang diperbuat daripada konkrit. Candeliar, selain meredakan gaya maskulin juga menyuntik aura mewah, serasi konsep tropika di samping menjadi kebanggaan tuan rumah.

Penjagaan konkrit tidak serumit jubin yang perlu dibersih dan digilap selalu,” Selain unik dipandang, lohong di antara panel konkrit itu menggamit masuk udara luar yang menjanjikan kesegaran ketika mandi. Namun, bagi mengelakkan pandangan umum, bahagian bawah lohong berkenaan dilindungi dengan kain batik yang digantung pada pengikat. Kemasan dinding jubin di bilik air digantikan dengan konkrit tanpa cat.

Unsur praktikal juga ditunjukkan menerusi binaan memanjang kabinet pasang siap berpintu cermin di ruang tamu. Kabinet dwifungsi menyediakan ruang penyimpanan bertutup, manakala cerminnya membuatkan kediaman nampak sekali ganda luas. Bahkan, bagi memastikan suasana kekal lapang dan kemas, litar elektrik disembunyikan di belakang kabinet serta bawah permaidani di meja kopi.

Melengkapi gaya tropika, disyorkan mengabadikan koleksi lukisan, potret lama dan aksesori etnik di dinding tumpu ruang tamu. Suasana menjelma bagai galeri lukisan apabila ruang berkenaan dilengkapi meja kopi diperbuat daripada kayu tidak berketam, lampu berdiri terendak kertas dan kerusi tab era retro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan