Sabtu, 14 November 2009

Rahsia Rumah Tangga Bahagia


Salam buat semua,
Omak dan abah kau Alhamdulillah sehat ajo. Kepada anak menantu omak yang pompuan, bagaimana rumah tanggo korang? Sihat jugo ko? Omak tanya nie bukan pasal apa, makin lama berumah tangga, makin longgar hubungan suami isteri. Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya korang dah mulo tak ambil berat lagi dah keintiman rumah tangga dan laki korang.
Tak percayo apo omak kato? Cuba renungkan kembali dulu dan sekarang ini. Dulu korang berdua macam belangkas. Ke mana pergi berdua, sampai mandipun bersama. Makan minum bukan main korang jaga, siap bersuap. Bila laki balik kerja, korang pasang badan, bukan makin lawa lagi, bergetah! Sekarang, mana pergi semuanya itu? Tak ada lagi mandi berdua, jalan pun sorang depan sorang belakang. Makan minum tak disajikan lagi, main ambil sendiri. Tak tanya lagi abang dah makan ke belum? Penampilan pun tak macam dulu, bukan setakat bibir tak bergincu, bedak pun haram tak dipakai. Bau badan lebih kurang bau asam keping aja.
Korang tahu tak, itulah tanda-tandanya rumah tangga korang mula bermasalah. Rumah bukan lagi tempat yang pertama dia tuju selepas balik kerja. Kalau boleh malas dia nak balik, sebab bila balik suasana tidak sebagaimana yang diharapkan. Jangan beri alasan anak ler. Omak ni dah beranak sembilan ler, korang baru satu dua anak dah bising.. Cubalah korang tengok omak ni hah. Kenapo abah kau balik kerja terus ke rumah, tak ada dia melencong ke mana-mana? Bukan dia tak ada kawan, ramai! Tapi kenapa dia balik ke rumah dulu? Nak tahu sebabnya? Sebab.. Rumahku Syurgaku. Itulah jawapannya. Dia berasa aman dan tenteram ketika berada di rumah, setelah seharian bekerja. Isteri dia melayan dia macam rajo. Segalo makan minumnya siap, tak payah diminta-minta. Kain bajunya siap berbasuh dan bergosok, berseterikalah. Omak, walaupun penampilan agak kurang dari segi muko, tapi omak tetap berikan yang terbaik. Omak pakai bedak, ganti pakaian baru sebelum abah korang balik, dan segala-galanya. Langsung tak ada komplen daripada abah kau! Korang semua masa kecik-kecik dulu tak ada sesiapo yang terbiar, tak berbaju atau selekeh. Sumo omak jago, no problem pun.
Lagi satu, sekali lagi omak nak ingatkan korang. Bilik tidur paling utamo. Maksud omak, itulah bilik dio, rajo di rumah. Jangan sekali-kali korang bagi budak-budak lanyak katil, atau sesiapo baring. Bilik itu ibarat taman larangan rajo. Tak boleh sesiapo menceroboh. Tetamupun tak boleh. Kalau ado sedaro maro tumpang bermalam, sediakan bilik khas, atau kalau tak ada, bentang aje toto atau comforter kek depan tv, di ruang tamu. Bilik tidur korang, SORRY, off limit! Lagipun diorang tak kesah pun, yang penting layanan korang semaso mereka berada di sano, mesti first class.
Terlanjur omak bercerito pasal bilik tidur ni, mak nak ingatkan sekali lagi. Rajo mesti dilayan sebaik-baiknyo. Kalau dio ajak, jangan tak beri. Jantan ni egonyo bosar, macam balaknya jugak. Sekali dua bolehlah dimaafnyo, masuk kali ketiga, penerajang atau penampar hinggap kat badan atau muko korang. Lamo-lamo, tak diceraikannya korangpun dah seribu rahmat. Satu lagi, kalau diorang dah bertekad nak kawin lagi, tak ado apo yang dapat menyekatnyo. Percayolah cakap omak ni hah. Bagi aje kalau dio mintak. Layan dio macam mano betino sundal layan pelanggannyo. Iyo! Dio puas, ekau pun samo. Lepas tu, barulah mintak macam-macam. Barang kemas pun boleh dapat, tau.
Itu ajolah petuo bagaimano nak kekalkan jodoh perkahwinan. Tak perlu jumpo bomoh atau cucuk botox. Ingat, muko yang dulu lawa dah mula berkedut. Badan yang dulu ramping bagai kerengga, kini dah mula macam tong. Tetek korang yang bosar dan pejal, kini dah mulo kendur dan lisut. Apo lagi yang menarik? Cumo layanan mesra ajo yang tinggal. Jangan itupun korang gadai. Kalau itupun dah tak ado, sayonaralah korang.
Ingat yo! Layanan mesro, penampilan dijago, makan minum disedio, aksi di ranjang jangan korang lupo. Itulah pasangan bahagio. Omak poi dulu, abah korang dah panggil tu hah. Malam inikan malam Jumaat!
1.Jago Penampilan
2. Jago Makan minum anak dan suami



3. Jago Aksi-aksi di Bilik Tidurmu

Isnin, 9 November 2009

Bahaya Air Banjir! Jaga Anak-anak Korang

Bertemu lagi. Po kobar semuo? Omak dan abah sehat walafiat, tak ado kemano-mano. Maklumlah musim hujan. Nak poi mano? Duduk-duduk ajolah kek rumah.

Cerita pasal hujan ni, omak nak beri nasihat kat korang semua, terutama pada Senah yang tinggal kek Kuala Krai, Kelantan tu. Kau dengar tak apa omak nak cakap ni? Pasang telingo kau yang capang tu lebar-lebar!

Ini pasal banjir yang semakin buruk kek pantai timur. Mak cukup risau tentang cucu-cucu maklah, terutama yang kecik-kecik tu. Janganlah korang pandang endah tak endah banjir ni, dah berapo ramai yang lemas tahun-tahun lepas. Yang dah besar panjang pun, jangan biarkan main masa-masa hujan nie, tambahan pulak dengan kilat dan petir. Eiii, ngeri mak nak bayangkan. Allah sahajalah Yang Maha Melindungi!

Hujan-hujan ni ,apo aktiviti korang? Tambahan pulak cuti sekolah panjang ni. Tak nak ke cuti-cuti Malaysia? Omak dan Perkumpulan Wanita dah lama rancang nak ke Langkawi bulan dua belas ni. Dah lama tak shopping kek sana. Mula-mula rancang nak ke Kelantan, tapi terpaksa kensel last minit, pasal banjir ni ler. Tentang duit poket tu, omak tengah rengek abah kau ler. Tapi abah kau lagi pandai, makin mak mintak ,makin dia mintak. Mintak servis katanya. Dah lama tak cuci plug, ganti minyak enjin, filter keto lamanya. Omak ikut aje ler, tambahan pulak musim-musim hujan ,tak ado entertainment lain selain menunggang, menonggeng dan mengangkang. Bukan Kelantan jo yang banjir, kek rumah omak pun banjir, air dah naik empat kaki sampai kek kepalo, Yang mak heran, rumah orang lain tak ado pulak yang basah, Abah dan omak ajo. Itulah kojo omak dan abah kau hari-hari musim hujan ni. Tak ado lain yo, macam pengantin baru!

Korang jangan nak sengeh-sengeh dongar cerita mak, korang pun samo! Servis laki korang best-best, macam kentaki, bagi laki korang puas, sehingga menjilat... jari.
Anak-anak omak yang jantan-jantan tu, sosah ajo, free of charge, merengek ajo... balun. biar sampai ke pongka masalah. Merengek ajo, suapkan puting, bior diorang nyonyot sampai kenyang. Barulah terisi masa lapang, maso berkualiti, kato pakar kaunseling yang omak dengar kek TV hari tu. Omak nak semuo orang bergembiro, bukan kerano musim hujan, mandi hujan, tapi dapat sekali bekalan air percumo. Ontahlah anak omak!

Ahad, 8 November 2009

Gotong-royong Vs Katering

Salam sayang buek semuo,

Pokabar semua? Omak dan abah kau sehat-sehat belako. Cumo letih sikit lepas kahwin anak Pak Alang Meon, Si Temah . Maklum ler, orang kampung mano boleh buek kenduri macam orang bandar? Tak ado istilah katering-katering nyo, semuonyo mesti buek ramai-ramai, bergotong-royong. Haah...itulah caro dan adat orang Melayu kito. Sikit samo diraso, banyak samo disosah! Lagipun, belum lagi ado orang kampung sini yang pecah tradisi katering-katering ni..hah, yang pecah daro sebelum nikah ramai ler.

Seminggu sebelum hari nikah, omak ,abah kau dan semuo orang kampung turun ke padang. Padang bola apo ko bondo! Maksud omak, ramai -ramai pakat dan bahagi-bahagikan kerja. Yang jantan, buek kerjo berat sikit, naikkan bangsal, cari buluh, buek lomang,dll. Yang betino pulak, kerjo-kerjo daporlah. Sibuk bebonarlah,terutamo 2,3 hari nak dokek hari bersanding. Omak dalam team masak-memasak. Untung Si Temah dengan lakinyo....orang lain bersengkang mato tak tidur, dio laki bini dalam bilik sonang lenang, dok sedang mengangkang sambil makan lomang lakinyo. (stim mak bilo memikirkannyo!) Tak apolah, dah halal bagi dio. Dulu omak dengan abah kau macam tulah jugak. Tiap-tiap pagi rambut basah ajo. Atok dan Wan korang sonyum ajo.

Pendekkan cerito, memang seronok bila berkampung bersamo, bergotong-royong. Jimat belanjo. Duit makan tu boleh buek belanjo ke lain. Omak estimate kalau seribu orang belanjo katering paling hampeh pun RM 8500, hargo semaso. Tapi kalau buek gotong-royong, paling mahalpun kiro-kiro RM5,500 jo. Itu termasuk belanjo masak-memasak 2,3 hari sebelum hari nikah. Satu kampung boleh makan, siap bawak balik bekal . Belen tigo ribu tu, poilah kek Somban, bolilah katil lemari yang elok-elok sikit, yang boleh tahan hentakan menggilo laki, yang sehebat abah korang. Yang tak ado iringan irama rengekan, desahan bininyo. Ini tongah-tongah setim, mato putih baru nak naik ke atas, terpakso pogang kepalo katil yang ikut bergoyang Abah kau pulak dio tak peduli, main terjah ajo, omak yang malu, takut didengar dek adik-adik omak dan wan korang. Eh, macam mano pulak adegan panas omak dan abah korang ado dalam cerito ni, hah?

Pesan omak, kalau korang nak kawinkan anak nanti, cubolah buek ala-ala kampung, bergotong-royong dengan semuo penduduk taman korang, bukannyo selalu, sekali seumur hidup. Jimat belanjo, rapat silaturahim. Barulah berkat, dua tiga kali hentak, rahim pun berisi, cepat dapat cucu. Ingat posan omak, terutamo kau Milah!

Sabtu, 7 November 2009

Kawal TV dan anak-anak korang

Salam rindu buat anak omak serta cucu-cucu semua,

Omak dah rindu bonar dengan korang. Apasal dah lama sangat tak balik kampung? Abah korang tu dah tertanyo-tanyo pasal cucu-cucunyo. Balik rayo jo, tu dah lama dah, Cuti sekolah dah dokek ni, jangan pulak korang bagi banyak alasan, Sudah! Jangan banyak cekadak. Mak tahu cuti sekolah ni, hantar anak-anak korang yang dah bosar-bosar tu kek kampung. Setakat makan minum diorang, jangan korang risau. Tak mati kebulurnya. Apa ada, makan. Duit gaji jaga dan pencen askar abah kau tak habis punya.

Itu satu hal. Yang ini pulak hal penting mak nak bagitau korang. Mak tengok cerita-cerita di TV sekarang banyak yang menjahanamkan daripada membina sahsiah, terutama sahsiah bebudak. Banyak sangat adegan romen, peluk, sampai celah selimut dan dalam kelambu pun diorang tayang kek TV. Mungkin bukan cerita Melayu, tapi cerita omputeh, Hindustan dan tamil pun dah nak macam tu. Dah lah tetek, besor buah betik. Mak tengok mata abah kau pun tak berkerlip tengok cerita hindu kat TV. Agaknya fantasi dia melayang jauh melepasi kain pelikat yang dia pakai. Mak tengok kalau dibior-biorkan banyak ler kes rogol, raba dan seksual bebas di Malaysia nanti ,terutamo anak bangso kita.

Dahlah begitu, akidah anak-anak kita juga terancam! apa taknya, cuba korang pikir, cerita omputeh seram guna palang salib agama diorang ada ditayangkan. Yang hindu pulak kisah sembah patung berhala, kalau dibiorkan tanpa tindakan kerajaan, pihak TV atau kita orang besor sebagai mak bapak, hanyut anak kita, atau paling tidak pun goyah akidahnya, nauzubillah.

Jadi, omak harap kitolah yang jadi pendinding akidah anak-anak. Paling tidak pun, sekat mereka daripada tonton cerita-cerita sedemikian. Kalau boleh, tengok cerita itu bersama mereka. Bila time adegan sebegitu, terangkan kepada mereka, kenapa tak boleh diikut, kalau susah-susah, time bahagian tu, tukar channel atau 'mute'kan suaranya. Ini semua dakyah orang kafir secara halus!

Oklah, omak ada hal dengan Mak Alang korang. Mak chow dulu ya?

Selasa, 3 November 2009

Surat Omak kepado Pengetua SMK Jambatan Bosi


Apo kobar semuo?

Omak ngan abah kau sehat-sehat belako. timo kasihlah Siti dan laki engko, kerano hadiahkan omak dan abah kereto ferari (yang korang boli kek shell.) Omak buat hiasan dokek atas talibesen kito. Abah kau dah lamo idamkan kereto mahal-mahal. Sambil sedut asap rokok danhill tu, dio cakap kek mak , berangan jadi orang kayo. Kalau ado keto lumbo, abah kau dan omak duduk depan sambil pakai cermin mato hitam. Rambut mengerbang ditiup dek angin. Semuo orang kampung terbelalak bijik mato, bertambah hitam hati dek hasad dongki kerano ado orang lobih daripado dio. Biasolah orang Melayu, PHD

Kali ini omak nak bercerito pasal selsemo babi yang berkeliaran kek malaysia dan serato dunio.
Hari tu, omak dapat surat daripado adik kau Leman yang belajar kek sekolah menongah tu. Dio kato cikgu suruh abah sign borang kebenaran suntik vaksin H1N1. Omak dah baco dalam internet, vaksin tu tak berkesan bahkan berbahayo kerano ada kes budak sakit selepas kono injek ngan misi. Omak pun tak setuju ler. Leman kato kalau omak abah tak setuju, tulis surat tak bori kebenaran suntikan. Jadi omak tulislah surat kepado pengetuanyo. Tapi sebelum mak suruh Leman hantar, mak nak mintak korang check gramor omak, kalau-kalau silap nanti malu mak. Maklumlah orang kampung, tak berpelajaran tinggi!
Semak yo, lopeh tu beritahu omak.

Ini surat omak kepado cikgu sekolah pasal kes selsemo babi

From: Sodah binti Jiman Kulop
Date: 4 November 2009
RE: Request for NON-vaccination of my child ,Leman bin Semaon

Dear Principal Joyah (and the nursing staff, Misi Peah),

This letter is to inform you that as a parent of a child in your school, I do not consent to any H1N1 (Swine Flu) vaccination of my child, (Leman bin Semaon), and that if my child is subjected to such a vaccine without my permission, I will consider that a gross violation of not only my parental rights, but the civil rights of my child.

The H1N1 swine flu vaccines currently being given to schoolchildren in Malaysia were approved by the FDA using an unlawful waiver that allowed the vaccines to be approved with absolutely no credible scientific testing. No adequate safety or efficacy testing has been conducted on any of the swine flu vaccines, and those children who are being injected with the vaccines are being treated as human guinea pigs.

H1N1 swine flu has also turned out to be so mild that it can be easily overcome with a healthy immune system aided by healthy levels of circulating vitamin D. My child takes vitamin D supplementation and therefore has an extremely healthy, active immune system that can easily mount its own antibody response against swine flu or other forms of influenza. Because of his immune system health and nutritional regimen, my child poses no health threat as a "carrier" of the swine flu, even without being vaccinated.

As a parent, part of my responsibility to my child is to protect them from potentially dangerous chemicals or unproven medications that may cause neurological side effects. A previous batch of swine flu vaccines in 1976 are now known to have caused Guillain-Barre Syndrome (GBS), a serious neurological disorder that can cause paralysis or death. The risk of such side effects may be small, but they are permanent and not worth the claimed protection against a disease that, according to CDC statistics, is many times less virulent than regular seasonal flu.

Please make note that my child is not to receive any vaccinations without my prior written consent, and that if my child is subjected to vaccines of any kind without such permission, I will immediately seek legal counsel in an attempt to hold your school responsible for all long-term medical costs potentially associated with the vaccine side effects. I will also sue for violation of my child's civil rights.

Should such a scenario unfold, I also plan to go public with this story at both the local and national levels in order to bring increased awareness to this gross violation of parental rights. A copy of this signed and dated letter will be made available to the press to prove that I clearly and specifically requested my child NOT be vaccinated. I will also be happy to provide this documentation to whatever state regulators or law enforcement investigators may become involved at that point.

You may avoid all of this by honoring my request to safeguard my child from any and all H1N1 (Swine Flu) vaccines being given at your school.

Regards,

(Sodah binti Jiman Kulop)
Kg.Batu Kikir, Kuolo Pilah

Khamis, 29 Oktober 2009

Cintailah Sungai dan alam sekitar Kita














Salam buat semua anak menantu serta cucu mak,

Mak dan abah korang alhamdulillah sihat-sihat belako. Begitu jugalah mak doakan korang semuo, sihat walafiat. Solat jangan lupa. Hidupkan suasano keislaman dalam diri korang dan keluargo. Begitu jugak buat mak dan abah kau. Amiiiin.

Hari tu kek kampong kito mak tengok ado satu rombongan bas sekolah masok. Mak ingatkan apo ko bondonyo sampai kampung kito jadi destinasi rombongan bebudak sekolah. Tak do tempat lain lagi ko diorang nak melawat? Apolah ado kek kampung kito ni? Tak ado yang istimewonyo. macam kampung orang lain, kebun bersomak, penagih dadah adolah. Tak lamo tu mak tengok diorang berkumpul tepi sungai belakang rumah kito. Mak tertanyo-tanyo. Mak jadilah macam pemberito. Apasal ramai-ramai kek belakang rumah makcik ni? Bukan bebudak sekolah jo, ado dua tigo pajero pun ado bersamo-samo bebudak tu. Mak dah panik, omak ingat ado kes budak jatuh sungai ko, bunuh diri ko, Yang peliknyo orang -orang kampung kito takdo kek situ pun. Tok Ompek pun tak turun.

Jadi untuk menghilangkan raso tertanyo-tanyo mak, omak tanyo sekali lagi. Ado sorang tu dia perkenalkan diri dio sebagai Cikgu Syed. Diolah yang kabarkan kek mak tujuan mereka ramai-ramai kek kampung kito. Mereka sedang buek kajian sungai bersamo Jabatan Pengairan dan Saliran Nogori Sembilan. Mak pun terujo jugak nak tahu tentang sungai belakang rumah kito ini, tambahan pulak cikgu Syed tu boleh tahan jugak hensem. Kalau mak jandolah, mak raso cikgu tulah jodoh mak seterusnya. Mak tak boleh tahan tengok tang hidung mancungnya dan tubuhnyo yang saso, memang keturunan Arab betul!

Astaghfirullah aladzim! Apo yang mak cakap ni? Walaupun abah korang, muko tak berapo lawa berbanding cikgu Syed tu, dengan muko bopeng bekas kutil jerawat dan hidung kombang semangkungnyo, omak tetap setio pada abah kau.Percayolah kek mak kau ni hah.

Berbalik kek bebudak tu, mak tengok diorang berkumpul dongar arahan pegawai-pegawai JPS. Selepas tu mak tengok diorang turun masuk ke sungai bawak macam-macam alat. Mak perhatikan saja dari tingkap dapur. Lepas tu mak teringatkan kamera abah kau. Mak ambil dan tangkap gambar. Mak tak puas hati mak cakap kat cikgu Syed mak nak nak ambil gambar diorang tengah buek kajian dalam air, sambil tu mak petik gambar cikgu Syed tu sekali. Tak dapat tuan punyo badan, dapat gambarnyo pun cukuplah. Buek melayari fantasi mak bilo abah kau syif malam. Seronok mak tengok diorang. Kemudian mak terpikir,kito sebagai tuan rumah kek kampung ni mesti layan tetamu, jadi mak balik kek rumah mak siapkan air sirap dua tiga jag buek alas tekak diorang. Sukonyo diorang, terutamo cikgu......

Pendek cerita, mak terpikir sendiri. Kalau bebudak tahu mengambil berat pasal sungai kek kampung kita, malulah mak dan orang kampung yang dah tuo ni, masih lagi buang sampah kek sungai, cumo belum ado kes lagi buang anak kek kampung ni. Sebelum diorang balik mak ado pesan kek cikgu Syed apo keputusan kajian tu nanti kabar ler kek mak, bukan pasal apo, cumo nak tahu kualiti air sungai kek kampung kito ni. Eh, tak ado niat lainnyo!

Semalam mak dapat panggilan telefon daripada sekolah. Cikgu Syed kata air kek kampung kito masih bersih, tidak tercemar, kategori 5-7. Kalau 4 ke bawah, kotor dan tercemar. Itu yang buek mak tersonyum gembiro, bukan pasal sungai sangat, lebih pado cikgunyo. Cikgu,cikgu.

(malam ni fantasi mak pun bermula pasal bil air abah kau dah lamo tertunggak, biarkan,biarkan)
Ini dia gambar-gambar yang mak sempat tangkap. Cuba teka yang mana cikgu Syed?

Pelajaran Agama Anak Jangan Korang Abaikan

Mak nie,

Mak singgap kojap, nak tanya kabor berita pasal kesihatan korang. Dah mula bersonam atau makan makanan yang seimbang? Alhamdulillah. Mak bukannyo apo, sumo ini pasal mak sayang kek korang semuo, anak,menantu dan cucu mak. Tak tahulah korang kalau-kalau korang menyampah tengok muko mak . Apo pon mak tak peduli. Muko tak boleh kito ubah tapi perangai hati budi itu yang utamo. Akhlak yang paling penting.

Kali ini mak nak sentuh sikit pasal akhlak. Bukan mak tuduh korang takde akhlak atau rendah akhlak. Ehhh, mak sebelum korang kawin dah check sorang-sorang, mak dak selidik semuonyo. Itulah pasal jodoh anak-anak mak berpanjangan sampai hari ini, serasi. Ini semuo pasal mak utamakan akhlak dalam menentukan calon menantu mak. Mak dan abah takut. bukan apo-apo, takut kalau-kalau terpilih menantu yang perangai macam hantu. Sebab itulah korang mak interview habis-habis. Mak selidik latar belakang korang dan keluargo korang sedalam-dalamnyo, tapi tak dolah sampai ke seluar dalam! Agaknya masa tu, korang mesti bongang habis dengan mak,kan? Nasib ler.

Korang dah OK, anak-anak korang, cucu-cucu mak itu cam mano? Ado korang hantar diorang ke mana-mana sekolah agamo? Atau paling kurangnyo, ado tak diorang tu sekolah fardhu ain kek sebolah potang ko, pagi ko? Mak tak dongar pun korang ado uro-uro nak hantaranak ke sekolah tahfiz. Belum lagilah telingo mak mendongar dari mulut korang sendiri.

Dongar sini semua,

Hidup di dunio ini hanyo sementaro, semuanyo pinjaman belako. tak ado yang kekal abadi. Kau cari harta bendo menimbun ke langit pun, tinggal semuanyo bilo ajal tibo. Yang kito semuo bawak balik nanti amal pahalo jo dan sedekah jariah termasuk anak-anak cucu yang soleh dan solehah. Tak do yang lain! Rumah, keto, duit dalam bank semuonyo jadi hak orang lain, jadi harto pusako. Dulu maso hidup kayo rayo sampai tak ingat dunio, bila dah mati , papa kedana, amal ciput, solat tak pernah, baru ingat dunio, masa tu menyosal air mato darah pun tak boleh buat apo-apo. Hanya harapkan doa dan sedekah anak-anak cucu. Jadi korang dah siapkan bekalan akhirat ?
Selain diri kita, semua anak cucu dan keturunan kito mesti kito jaga agama dan akhlak yang tinggi. Hantar ke sekolah agamo, KAFA, atau kemano sajo yang korang mampu demi maso depan agamo mereka, demi kito jugak di alam kubur dan akhirat nanti. Jangan lepas tangan, ingant pesan mak ni, Kubur BUKAN masing-masing! Apo korang buat atau tak buat pado anak-anak korang akan beri kesan SEGERA pado korang di sana.

Mudah-mudahan ceramah mak pada hari ini, kebetulan hari jumaat pulak masuk, dalam benak kepala hotak korang dalam-dalam ,bior korang ingat sampai bilo-bilo.

Kek bawah ini, ado mak catatkan buek korang info pasal agamo sikit, Baca yo Jangan tak baca!



Wasiat Wahab bin Munabbih Tentang Akhlak Mulia

Karya : Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilali (pada buku Beliau : Wasiat para salaf, Pustaka At Tibyan)

Wahhab bin Munabbih (1) berkata :

“Jika kamu ingin melaksanakan ketaatan kepada Allah ‘Azza wa Jalla, maka berusahalah agar dirimu benar-benar tulus dan berilmu tentang Allah, sebab tidak akan diterima amal yang dilakukan oleh seseorang yang tidak tulus. Dan ketulusan kepada Allah ‘Azza wa Jalla itu juga tidak akan sempurna kecuali dengan ketaatan kepada Allah. Ibarat buah yang baik, baunya harum dan rasanya lezat. Demikian pula permisalan untuk ketaatan kepada Allah, ketulusan adalah baunya dan amal adalah rasanya.

Kemudian, hiaslah ketaatan kepada Allah dengan ilmu, kesabaran dan pemahaman.

Kemudian jauhkanlah dirimu dari perilaku orang-orang yang bodoh, paksalah ia mengikuti perilaku para ulama, biasakanlah ia melakukan perbuatan-perbuatan orang-orang penyabar, cegahlah ia dari perbuatan orang-orang yang celaka, haruskanlah ia mengikuti peri kehidupan para fukaha dan jauhkanlah ia dari jalan orang-orang yang jahat.

Jika kamu mempunyai kelebihan, maka bantulah orang lain dengan kelebihanmu itu; jika ada kekurangan pada orang lain, maka bantulah ia sehingga ia bisa seperti dirimu. Orang bijak adalah yang mengumpulkan kelebihan-kelebihannya kemudian menyalurkannya kepada orang lain. Kemudian ia memandang kekurangan-kekurangan orang lain, lalu meluruskan dan membimbingnya sehingga bisa memperbaikinya.

Jika ia seorang fakih, maka ia akan membawa orang yang tidak mempunyai pemahaman tentang fikih, jika dilihatnya orang itu ingin bisa bersahabat dan mendapatkan bantuannya.

Jika ia seorang yang berharta, maka ia memberikan sebagian hartanya untuk orang yang tidak punya harta,

Jika ia seorang saleh, maka ia memohonkan ampunan untuk pelaku dosa, jika diharapkannya orang itu bertaubat.

Jika ia seorang yang berbuat kebajikan, maka ia berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepadanya, kemudian mengharapkan pahala dari perbuatan itu. Ia tidak akan tertipu oleh kata-kata sebelum diiringi dengan kerja nyata dan tidak akan berangan-angan untuk mentaati Allah jika belum melaksanakannya.

Jika ia berhasil melaksanakan sebagian ketaatan kepada Allah, ia memuji Allah, kemudian memohon pertolongan untuk bisa melaksanakan ketaatan lain yang belum dicapainya.

Jika ia mengetahui suatu ilmu, maka ia tidak merasa puas sebelum bisa mempelajari apa yang belum diketahui.

Jika teringat kepada kesalahan dirinya, ia menutupi kesalahan itu lantas memohon ampunan kepada Allah yang berkuasa untuk mengampuninya. Ia tidak akan menggunakan ucapan dusta untuk mencapai sesuatu, karena kedustaan adalah ibarat kayu yang dimakan rayap, luarnya tampak bagus tetapi dalamnya keropos. Orang yang tertipu tetap menyangka bahwa kayu itu mampu mengangkat beban yang diletakkan di atasnya, sampai kayu itu patah karena bebannya dan orang yang tertipu itu menjadi binasa. Demikian pula ucapan dusta, pelakunya masih terpedaya olehnya dan menyangka bahwa kedustaan itu membantunya dalam memperoleh kebutuhannya.

Keinginannya untuk melakukannya semakin bertambah, sampai kebohongannya itu diketahui oleh orang-orang yang berakal dan para ulama bisa menyimpulkan sesuatu yang disembunyikan dari pandangan mereka. Jika mereka telah melihat dan mengetahui dengan jelas keadaan yang sesungguhnya, maka mereka tidak mempercayai lagi omongannya, menolak kesangsiannya, menghinakannya, membenci majlisnya, menyembunyikan isi hati mereka darinya, menutupi pembicaraan mereka, mengalihkan kepercayaan dan menjauhkan urusan mereka darinya, mengkhawatirkannya terhadap agama dan kehidupan mereka, tidak mengundangnya ke majlis-majlis mereka, tidak mempercayainya untuk mengetahui rahasia mereka, dan tidak menjadikannya sebagai hakim dalam persengketaan mereka (2)

Catatan kaki :

(1) Wahab bin Munabih bin Kamil Al-Yamani Ash-Shan’ani, seorang tabi’i yang tsiqah. Riwayat hidupnya disebutkan dalam “Tahdzibut Tahdzib” (II : 166) dan “Hilyatul Auliya”" (IV:23).

(2). Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “Al-Hilyah” (IV: 36-37).

Dipetik kembali oleh Ummu ‘Umar dari buku : Wasiat para salaf, Salim bin ‘Ied Al Hilali , Pustaka At Tibyan (hal 96-99)

Kelebihan Al-Quran dan Penghafaz

HADITH 1
Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)
HADITH 2
Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)
HADITH 3
Hazrat Uqbah bin Amir r.a berkata, “Rasulullah s.a.w datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya, “Siapakah di antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?” Kami menjawab, “Setiap orang daripada kami akan menyukainya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud)
HADITH 4
Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)
HADITH 5
Hazrat Abdullah Bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah swt telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah swt) siang dan malam.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)
HADITH 6
Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca alQuran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca alQuran adalah umpama buah peria pahit. Buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I & Ibnu Majah)
HADITH 7
Hazrat Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt memuliakan ramai orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghina ramai orang dengannya.”
(Riwayat Muslim)
HADITH 8
Hazrat Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga perkara akan berada di bawah naungan Arasy Allah swt pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silahturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah, sesiapa yang menghubungkan aku maka Allah swt akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan aku maka Allah swt akan memutuskannya (daripada rahmatNya).”
(Diriwayat dalam Kitab Sharhussunnah)
HADITH 9
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari pengadilan kelak akan dikatakan kepada orang al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)
HADITH 10
Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)
HADITH 11
Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)
HADITH 12
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika al-Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar.”
(Riwayat Darimi)
HADITH 13
Hazrat Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran lalu menghafalnya dan meghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.”
(Riwayat Tirmizi & Ahmad)
HADITH 14
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Belajarlah dan bacalah al-Quran kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang menpelajari al-Quran kemudian membaca dan terus membaca al-Quran dalam solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada dalam hatinya adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup.”
(Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)
HADITH 15
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun alQuran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim)
HADITH 16
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca alQuran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.”
(Riwayat Baihaqi)
HADITH 17
Hazrat Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w bertanya kepada kami, ‘Apabila salah seorang daripada kamu kembali ke rumah, adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta betina yang bunting dan besar serta gemuk?’ Kami pun menjawab, ‘Ya’. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tiga ayat yang kamu baca dalam solah adalah lebih baik daripada unta betina yang bunting dan besar serta gemuk.”
(Riwayat Muslim)
HADITH 18
Hazrat Uthman bin Abdullah bin Aus Thaqafi r.a meriwayatkan daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Membaca al-Quran tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan) mendapat seribu darjat pahala dan membaca alQuran dengan melihat mashaf menggandakan pahala sehingga dua ribu darjat.”
(Riwayat Baihaqi)
HADITH 19
Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.”
(Riwayat Baihaqi)
HADITH 20
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.”
(Dipetik dari kitab al-Hilyah)
HADITH 21
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Bertakwalah kepada Allah swt kerana takwa adalah asas bagi segala amalan”. Aku berkata lagi, “Tambahkan untuk saya”. Baginda s.a.w pun bersabda, “Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat).”
(Riwayat Ibnu Hibban)
HADITH 22
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di dalam salah satu rumah-rumah Allah swt (masjid), membaca al-quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka. Rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebutmenyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.”
(Riwayat Muslim & Abu Daud)
HADITH 23
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada suatu perkara pun yang dapat mengembalikan (menghampirkan kamu) kepada Allah swt lebih afdal daripada perkara yang telah keluar dariNya sendiri yakni al-Quran.”
(Riwayat Hakim disahihkan oleh Abu Daud & Tirmizi daripada Abu Umamah)
HADITH 24
Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah swt dan orang Allah swt yang istimewa.”
(Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, al-Hakim & Ahmad)
HADITH 25
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah swt tidak pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu.”
(Riwayat Bukhari)
HADITH 26
Hazrat Fudalah bin Ubaid r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca al-Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi.”
(Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)
HADITH 27
Hazrat ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai ahli-ahli al-Quran, jangan kamu membantalkan alQuran. Hendaklah kamu membaca al-Quran sebagaimana hak pembacaannya, siang dan malam. Sebarkanlah kitab suci itu, bacalah kitab suci itu dengan suara yang merdu dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu. Dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu menggunakan al-Quran untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta (dalam dunia ini) kerana alQuran mempunyai ganjaran yang besar (pada hari akhirat).”
(Riwayat Baihaqi)
HADITH 28
Hazrat Wathilah bin al-Asqa r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku telah diberi ‘Sab’a’ sebagai ganti Taurat, ‘Mi’in’ sebagai ganti Zabur, ‘Mathani’ sebagai ganti Injil, dan aku telah dilebihkan dengan ‘Mufassal’.”
(Riwayat Ahmad dan al Kabir)
Sab’a Mi’in Mathani Mufassal
= tujuh surah pertama (tujuh surah terpanjang) = sebelas surah berikutnya (surah yang mengandungi seratus ayat) = dua puluh surah berikutnya (surah-surah yang berulang-ulang) = surah selebihnya (yang dijelaskan)
HADITH 29
Hazrat Abu Sa’id al Khudri r.a meriwayatkan , “Pada suatu ketika saya duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Sebahagian dari mereka berselindung di sebalik yang lain kerana tidak mampu menutup badan dengan sempurna. Seorang qari sedang membaca al-Quran kepada kami. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang dan berdiri hampir dengan kami. Apabila Nabi s.a.w sedang berdiri berhampiran kami maka qari itu memberhentikan bacaan. Baginda s.a.w memberi salam kepada kami dan bertanya, “Apakah yang sedang kamu lakukan?” Kami menjawab, “Kami sedang mendengar al-Quran”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah swt yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang daku pun diperintahkan bersabar duduk bersama mereka”. Hazrat Abu Sa’id r.a berkata lagi, “Rasulullah s.a.w duduk ditengah-tengah kami supaya Baginda s.a.w berada sama jarak dengan kami. Kemudian Baginda s.a.w memanggil kami dengan isyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi Baginda s.a.w , wajah-wajah mereka menghadap ke arahnya. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda,“ Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin, bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat , kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari itu adalah bersamaan dengan lima ratus tahun.”
(Riwayat Abu Daud)
HADITH 30
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)
HADITH 31
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara sembunyi.”
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Hakim)
HADITH 32
Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan alQuran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)
HADITH 33
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya’. AlQuran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya’. Kedua-dua syafaat itu akan diterima.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tbarani dan Hakim)
HADITH 34
Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat lebih tinggi di sisi Allah swt melainkan al-Quran, bukan nabi bukan juga malaikat dan lain-lain.”
(Riwayat Abdul Malik bin Habib demikian dalam syarah Ihya’ Ulumuddin)
HADITH 35
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi orang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang jahil sedangkan al-Quran berada dalam dadanya.”
(Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)
HADITH 36
Hazrat Abdullah bin Umar r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru-hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran sematamata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak oarang lain kepada solah semata-mata kerana Allah swt. Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga antara dirinya dengan orang bawahannya”
(Riwayat Tabarani)
HADITH 37
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah swt lebih baik bagimu daripada mengerjakan solah sunat seratus rakaat. Pemergiaanmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.”
(Riwayat Ibnu Majah)
HADITH 38
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat (daripada al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira di kalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah swt).”
(Riwayat Hakim)
HADITH 39
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang menjaga solah-solah fardu tidak akan dimasukkan di kalangan orang yang lalai. Sesiapa membaca seratus ayat dalam satu malam akan dikira di kalangan ‘qanitin ‘(orang yang taat).”
(Riwayat Hakim)
HADITH 40
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan, “Hazrat Jibril telah turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa banyak fitnah (huru hara) akan pasti berlaku. Rasulullah s.a.w bertanya, “apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibril?” Jibril a.s menjawab, “Kitab Allah swt.”
(Riwayat Ruzain)