Sabtu, 7 November 2009

Kawal TV dan anak-anak korang

Salam rindu buat anak omak serta cucu-cucu semua,

Omak dah rindu bonar dengan korang. Apasal dah lama sangat tak balik kampung? Abah korang tu dah tertanyo-tanyo pasal cucu-cucunyo. Balik rayo jo, tu dah lama dah, Cuti sekolah dah dokek ni, jangan pulak korang bagi banyak alasan, Sudah! Jangan banyak cekadak. Mak tahu cuti sekolah ni, hantar anak-anak korang yang dah bosar-bosar tu kek kampung. Setakat makan minum diorang, jangan korang risau. Tak mati kebulurnya. Apa ada, makan. Duit gaji jaga dan pencen askar abah kau tak habis punya.

Itu satu hal. Yang ini pulak hal penting mak nak bagitau korang. Mak tengok cerita-cerita di TV sekarang banyak yang menjahanamkan daripada membina sahsiah, terutama sahsiah bebudak. Banyak sangat adegan romen, peluk, sampai celah selimut dan dalam kelambu pun diorang tayang kek TV. Mungkin bukan cerita Melayu, tapi cerita omputeh, Hindustan dan tamil pun dah nak macam tu. Dah lah tetek, besor buah betik. Mak tengok mata abah kau pun tak berkerlip tengok cerita hindu kat TV. Agaknya fantasi dia melayang jauh melepasi kain pelikat yang dia pakai. Mak tengok kalau dibior-biorkan banyak ler kes rogol, raba dan seksual bebas di Malaysia nanti ,terutamo anak bangso kita.

Dahlah begitu, akidah anak-anak kita juga terancam! apa taknya, cuba korang pikir, cerita omputeh seram guna palang salib agama diorang ada ditayangkan. Yang hindu pulak kisah sembah patung berhala, kalau dibiorkan tanpa tindakan kerajaan, pihak TV atau kita orang besor sebagai mak bapak, hanyut anak kita, atau paling tidak pun goyah akidahnya, nauzubillah.

Jadi, omak harap kitolah yang jadi pendinding akidah anak-anak. Paling tidak pun, sekat mereka daripada tonton cerita-cerita sedemikian. Kalau boleh, tengok cerita itu bersama mereka. Bila time adegan sebegitu, terangkan kepada mereka, kenapa tak boleh diikut, kalau susah-susah, time bahagian tu, tukar channel atau 'mute'kan suaranya. Ini semua dakyah orang kafir secara halus!

Oklah, omak ada hal dengan Mak Alang korang. Mak chow dulu ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan